Nabi MUHAMMAD S.A.W. telah mewasiatkan: " Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin sahaja kecantikan itu membuat kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta atau takhtanya, mungkin sahaja harta atau takhtanya membuatkan kamu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya. Sebab seorang wanita yang SOLEHAH meskipun buruk wajahnya, adalah lebih utama". (ibnu Majah)
pesanan ni ditujukan kepada diri sendiri dan kwan2 yang lain. ingatlah, pilih la agamanya sebelum tgk pada paras rupa atau fizikalnya. kita semua nak hidup dengan orang yang tersayang hingga akhir hayat, paras rupa akan berubah wahai kawan2. kulit muka takkan sentiasa cekang, tua nanti mesti kendur kulit muka tu. so, pilihla kerana agamanya. carilah yang boleh sama2 membimbing ke syurga Allah. ingatlah, jodoh kita dah tertulis dlm buku kehidupan kita, Allah dh tetapkan segalanya sebelum kita keluar dari perut ibu. jodoh , rezeki, dan ajal dh tertulis sejak kita dlm perut ibu. wahai hanif amirul dan kawan2, yakinlah pada janji Allah. Allah akan bg yang terbaik untuk hambanya. aku harap, kawan2 tegurlah jika aku ada salah.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
semoga Allah ampuni dosa si penulis ini


No comments:
Post a Comment